Categories

Friday, May 14, 2010

Pencegahan, antara sikap dan kewajipan





Assalamualaikum,
Salam Ukhuwwah untuk sahabat-sahabat sekelian.

Tajuk yang saya bawakan kali ini terintas untuk disampaikan setelah mengikuti kelas Sheikh Muaz Hawa, seorang ‘Alim yang amat saya sanjungi..

Selalu terdetik di hati, tika mungkar berlaku di depan mata..
"aku sendiri pun teruk, layak ke aku nasihat orang lain?Sekurang-kurangnya aku benci dalam hati,cukuplah,sekurang-kurangnya ada iman walaupun lemah"

Barangkali ini yang difikirkan oleh kita bila berhadapan situasi yang mungkar, tetapi patutkah ini yang kita lakukan?

Sama-sama kita muhasabah diri kita..

Bukankah Islam mengajar kita, malah meWAJIBkan kita saling mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan!

Kita selalu dibelenggu perasaan "nak jaga hati kawan" atau "takut kawan-kawan benci aku".

Ketahuilah, punca perpecahan antara sahabat adalah kerana kelalaian melaksanakan konsep amar ma'ruf nahi munkar..

Mari kita hayati dalil-dalil dibawah: -

قال الله تعالى: " وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمّةٌ يَدْعُون إلى الْخَيْرِ ويَأمُرُونَ بِالمَعْروفِ ويَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ المُفْلِحُون "
آل عمران: 104

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang berjaya
 (Ali ‘Imran – 104)

وقال تعالى: " كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأمُرون بالمَعْرُوفِ وتَنْهَوْن عَنِ المُنْكَرِ "
آل عمران: 110

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana) kamu menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran
(Ali ‘Imran – 110)


وقال تعالى: " لُعِنَ الَّذِينَ كَفَروا مِنْ بَنِي إسْرَائِيلَ عَلى لِسَانِ داوُدَ وعِيسَى ابنِ مَرْيمَ ذلِك بمَا عَصَوْا وكَانُوا يَعْتَدونَ، كَانُوا لا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلوهُ لَبِئْسَ مَا كانُوا يَفْعَلُون "
 المائدة: 78
Orang-orang kafir dari bani Israil telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Daud dan Isa putera Maryam, yang demikian itu kerana mereka durhaka dan selalu melampaui batas
 (Al-Maidah – 78)


عن حذيفة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف، ولتنهون عن المنكر، أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقاباً منه، ثم تدعونه فلا يستجاب لكم رواه الترمذي وقال: حديثٌ حسنٌ.

Daripada Hudzaifah رضي الله عنه  daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Dan demi (Allah) yang nyawaku ditanganNya hendaklah kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran, atau Allah akan memberikan hukuman kepada kamu, dan kamu berdoa kepadaNYA tapi tidak dimakbulkan.
(Riwayat At-Tirmizi – Hadith Hasan)

عن أبي سعيدٍ الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الجهاد كلمة عدلٍ عند سلطانٍ جائرٍ رواه أبو داود، والترمذي وقال: حديثٌ حسنٌ.

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri  رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Sebaik-baik jihad (adalah) berkata perkataan yang adil (benar) kepada pemerintah yang zalim.
(Riwayat At-Tirmizi – Hadith Hasan)


الثالث عشر: عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أول ما دخل النقص على بني إسرائيل أنه كان الرجل يلقى الرجل فيقول: يا هذا اتق الله ودع ما تصنع فإنه لا يحل لك، ثم يلقاه من الغد وهو على حاله، فلا يمنعه ذلك أن يكون أكيله وشريبه وقعيده، فلما فعلوا ذلك ضرب الله قلوب بعضهم ببعضٍ ثم قال: " لُعِنَ الَّذينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاودَ وعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذلكَ بِمَا عَصَوْا وكَانُوا يَعْتَدُونَ. كَانُوا لا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ. تَرَى كَثِيراً مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ " إلى قوله: " فَاسِقُونَ " المائدة: 78- 81 ثم قال: كلا، والله لتأمرن بالمعروف، ولتنهون عن المنكر، ولتأخذن على يد الظالم، ولتأطرنه على الحق أطراً، ولتقصرن على الحق قصراً، أو ليضربن الله بقلوب بعضكم على بعضٍ، ثم ليلعننكم كما لعنهم رواه أبو داود، والترمذي وقال: حديث حسن.

Daripada Abdullah bin Mas`ud رضي الله عنه berkata: Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم "Kerosakan pertama (dalam agama) yang telah memberi kesan kepada Bani Israil (adalah) apabila seorang lelaki bertemu seorang yang lain dan berkata kepadanya : Takutlah kepada Allah dan berhentilah dari perbuatan kamu ini, sesungguhnya ia tidak dibenarkan bagi kamu.' Kemudian dia berjumpa semula (lelaki tersebut) keesokannya dan tidak mendapati perubahan pada dirinya, tetapi ini tidak menghalangnya makan , minum dan duduk sekali dengannya. Apabila terjadi demikian, Allah Menjadikan hati mereka cenderung kepada kejahatan oleh sebab penglibatan mereka antara satu sama lain.'' Lalu Baginda membacakan ayat, "Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat (dalam kitab zabur dan injil) melalui lisan nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam, yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak saling mencegah kemungkaran yang mereka lakukan, demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan. Engkau melihat banyak daripada mereka yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula kekal di dalam azab (neraka). Jika sekiranya mereka beriman kepada Allah dan nabi dan apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat mereka, akan tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasik.'' (5:78-81)
Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda lagi: "Tidak sekali-sekali, dengan nama Allah, Hendaklah kamu menyuruh kepada kema’rufan dan mencegah kemungkaran, memegang tangan orang yang zalim dan menyeru mereka untuk berbuat baik dan berpegang kepada kebenaran, jika tidak , Allah akan menjadikan hati-hati sebahagian daripada kamu cenderung kepada hati-hati mereka, dan Melaknat kamu sebagaimana Allah Melaknat mereka. "
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi – Hadith Hasan)



Daripada dalil diatas, dapat kita simpulkan beberapa perkara:-

1 ) Allah Menyuruh kita mengajak kepada kebenaran dan mencegah kebatilan, bukanlah sunat tapi wajib dilaksanakan!

2) Bani Israil yang telah Allah kurniakan pelbagai kebaikan oleh Allah telah dilaknat disebabkan sikap mereka yang tidak mempedulikan Amar Ma’ruf Nahi Munkar ini.

3) Allah telah menjanjikan kepada sesiapa yang tidak melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, doanya akan tertolak! Sesungguhnya doa itu adalah senjata kita, jikalau doa sudah ditarik, apa yang tinggal bagi kita?
4) Tidak melakukan amar ma’ruf nahi munkar bererti kita redha dengan perbuatan mereka, dan ini menjadikan hati kita secara tidak sedar terpengaruh dengan keburukan mereka sedikit demi sedikit.

5) Berkata benar kepada pemerintah yang zalim adalah jihad yang terbaik! Intipati yang dikehendaki daripada ini adalah adanya sikap menegakkan kebenaran dan mencegah kebatilan. Jihad menegur pemerintah yang zalim adalah jihad yang terbaik adalah kerana dengan menegur seorang pemimpin, kita dapat mengubah suasana dan orang yang dipimpin oleh pemerintah tersebut, berbanding menegur seorang rakyat biasa yang hanya akan mempengaruhi dirinya sahaja.

Ibaratkan kehidupan ini sebuah kapal, yang terdiri dari bahagian atas dan bawah. Orang di bahagian atas bertanggungjawab memberi minuman kepada orang di bahagian bawah kapal.Orang di bawah kapal pula bertanggungjawab menjaga kapal.  Jikalau seorang daripada bahagian bawah mengambil keputusan untuk menebuk kapal, untuk mengambil minuman, tanpa mempedulikan akibatnya, kapal tersebut akan tenggelam. Tidakkah perkara ini dapat dielakkan dengan sikap tegur-menegur?

Tidakkah kita perhatikan?kerana kerakusan seorang sahaja, menyebabkan sebuah kapal  tenggelam. Oleh itu apabila kita mendapati seseorang melakukan perbuatan yang salah, janganlah kita menganggap perbuatannya bukan urusan kita .Tetapi usahalah diri kita untuk menegur mereka , kerana kemungkaran yang tidak dicegah pada mulanya, akan menjadi barah yang akan menjadi penyesalan buat kita di akhirnya..

Perbaikilah diri, kita tidak terlepas dari kelemahan, jadi janganlah jadikan kelemahan sebagai alasan untuk menambah kelemahan-kelemahan yang lain.

Sekian, Wallahu’alam.

Rujukan :             -Al-Quran
-Riyadhus Shalihin – Bab Amar Ma’ruf Nahi Munkar
                                -Tafsir Pimpinan Rahman