Categories

Tuesday, August 4, 2009

Rahsia Solat Di Awal Waktu



Rahsia solat di awal waktu


Artikel yang diterima ini sangat menarik malangnya saya kehilangan penulis asalnya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Sumber : -Kiriman emel daripada sahabat ana..

Sunday, August 2, 2009

Siapakah Yahudi (Who are Jews?) part 1




(pic) Obama, praying at the Wailing Wall


SIAPAKAH YAHUDI? Part 1

من هم اليهود؟

Nasab Yahudi dan Nama-namanya

Yahudi bermaksud golongan yang mengikuti syariat Taurat yang telah diturunkan kepada nabi Musa Alaihissalam. Nama lain bagi Yahudi ialah Bani Israel. Asal perkataan Bani Israel adalah kerana pada asalnya mereka adalah keturunan Nabi Ya’kub (Israel) bin Ishak bin Ibrahim. Mereka mengatakan bahawa Nabi Ya’kub telah digelar Israel kerana peristiwa yang dicatatkan didalam Bible mereka, berikut adalah dakwaan mereka:-

“Israel was another name for Jacob. When God began to work directly with Jacob He named him Israel, meaning "one who prevails with God" or "a prince with God"

(Genesis 32:24-30)

Maksudnya:-

“Israel adalah nama lain bagi Nabi Ya’kub. Apabila Tuhan mula berkerja dengan Nabi Ya’kub secara langsung, Dia menamakan nabi Ya’kub sebagai Israel yang membawa erti “Seorang yang mengatasi Tuhan” atau “ Putera Tuhan”. *Nauzubillah*

(Genesis 32:24-30)

Inilah dakwaan mereka sebagaimana termaktub didalam kitab mereka.Ini kerana mereka percaya bahawa Nabi Ya’kub pada suatu ketika telah bertemu dan berkata dengan Tuhan. Kemudian berlaku pergaduhan d dgn Tuhan dan baginda telah menang dalam pergelutan itu . Sehingga terbit waktu subuh lalu baginda meminta Tuhan memberkati keturunannya dan mengurniakan tanah suci bagi mereka lalu Tuhan bersetuju dan melakukannya. Nauzubillah min zalik, Sesungguhnya ini suatu pendustaan oleh mereka! Bagaimana mereka boleh mendakwa kejadian ini berlaku?!

Kita lihat lagi hujah mereka:-

The meaning of the name Israel is NOT CLEAR, although Israel is most likely a compilation of the verb sara(sara 2287) and the noun el(El 93a), the common abbreviation of Elohim.

The meaning of the verb sara(sara 2287) is UNCERTAIN and explained in many ways, chiefly because it is limited to contexts which discuss the struggle of Jacob with the Angel of the Lord, insinuating that where our language uses the common verb 'struggle,' the Hebrew uses a word that is specifically reserved for a certain action: the action of struggling with God.

BDB reports for sara(sara 2287) the Arabic cognate of persist, persevere, and relates it to the word sora(sora 2245a), rows, which only Isaiah uses, in 28:25. More interesting even is the word misra(misra 2288a), a unique word that probably means rule or dominion, and which Isaiah uses in the highly Messianic passage of 8:6, "...and the government is on His shoulder." Nobody knows what the root of this word is but linguists have arrived at the conclusion that it must be identical to sara, the word that gave rise to the name Israel.

It gets even better when we look at the verb sarar(sarar 2295), rule, reign, act as prince. Derivative sar(sar 2295) means prince, and sara(sarah 2295b) means princess and is (near) equal to the both the name of Jacob's grandmother Sarah and the root-word of Israel.

We can not say with certainty what the name Israel is supposed to mean, although it seems to reflect a certain inability of the Almighty God, namely the not being able to defeat a man like Jacob. We can be sure that God doesn't lack the physical strength to eradicate any human being, so we must conclude that the destruction of Jacob would go against the very nature of God. Perhaps the name Israel denotes God's continuous effort to keep Jacob going, even though Jacob continuous to fight God.

Rujukan : http://www.abarim-publications.com/Meaning/Israel.html

Itulah hujah mereka, melalui hujah mereka juga kita sudah dapat mengesan kelemahan mereka dalam menterjemahkan perkataan terpenting bagi mereka, Israel. Dalam artikel diatas saya telah “bold”kan dengan jelas ketidakpastian mereka dalam mengatakan maksud Israel adalah mengatasi Allah, bahkan mereka lebih mengambil maksud itu berdasarkan kitab Bible mereka yang sudah pasti telah diselewengkan.

Israel اسرائيل yang dimaksudkan didalam Al-Quran adalah merujuk kepada Nabi Ya’qub Alaihissalam sebagaimana dalam Al-Quran:-

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (93)

(Al-Imran : 93)

Segala jenis makanan dahulunya adalah halal bagi bani Israel ,kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Ya’kub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan kitab Taurat. Katakanlah (Wahai Muhammad صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): “Jika Ada makanan yang diharamkan kepada kamu – wahai bani Israel- sebelum kitab Taurat diturunkan) Maka datangkanlah kitab Taurat dan bacakanlah jikalau benar kamu orang-orang yang benar.

Merujuk kepada Tafsir Tahrir at-Tanwir (Ibn ‘Asyur) Israel disitu membawa makna Nabi Ya’qub. Persoalan yang timbul adalah kenapa Al-Quran menamakan nabi Ya’qub sebagai Israel jikalau makna Israel itu benar sebagaimana didakwa oleh Yahudi?Tentu Israel ini membawa maksud yang lain. Dr. Solah Abdul Fatah Al-Khalidi, seorang pakar tafsir di Jordan telah menulis dalam kitabnya Haqaiq Quraniah, mengenai perkara ini. Beliau tidak menerangkan apa maksud sebenar Israel yang Dikehendaki oleh Allah, kerana Al-Quran tidak menjelaskannya, cuma Israel tidak mungkin bermakna “Yang Mengatasi Tuhan”, adalah mustahil bagi Allah menamakan Nabi Ya’qub dengan perkataan yang membawa maksud sebegitu. Ada yang mengatakan Israel itu bermaksud hamba Allah atau Abdullah.. Wallahu’alam.

Rujukan :-

1) Tafsir Pimpinan Rahman

2) حقائق قرأنية حول القضية الفلسطنية – د. صلاح عبد الفتاح الخالدي

3) اليهود الموسوعة المصورة – دز طارق السويدان

4) http://www.abarim-publications.com/Meaning/Israel.html

Tuesday, July 21, 2009

Pertolongan Allah

Assalamualaikum,

Akhirnya dapat juga saya meneruskan penulisan blog ini setelah saya ber"kurung" agak lama..
Kesibukan + keculasan menjadi alasan kenapa saya lama tidak berblog..

Setelah cuti yang agak panjang, saya akan cuba gerakkan kembali blog ini dgn tujuan asal utk menerangkan mengenai Israel dan perancangan mereka.. tetapi pada kali ini saya agak tertarik utk membawa sepotong ayat utk menjadi pedoman bagi kita semua yang berada dalam perjuangan utk menegakkan agama Allah.

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

الأنفال:11

(Ingatlah) ketika kamu diliputi oleh perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman daripadanya (untuk menghapuskan perasaan cemas). Dan (Ingatlah) ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan daripada kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak kakimu (di medan perjuangan)

Al-Anfal : 11

Ayat diatas memberi maksud dan hikmah yang dalam bagi kita selaku pejuang Allah di muka bumi ini. Kisah ini berlaku ketika Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan para para sahabat R.A berada dalam keadaan sebelum perang Badar. Ketika itu para sahabat diliputi oleh perasaan cemas yang amat sangat. Oleh kerana itu Allah telah menjadikan mereka mengantuk luar biasa. Dari segi bahasa perkataan يُغَشِّيكُم membawa makna غطىiaitu menutupi atau meliputi yang membawa maksud mengantuk yang tidak dapat dilawan. Sehingga ada sahabat yang ditugaskan untuk menjaga khemah telah terlucut pedang dari tangannya dan tertidur. Untuk mengetahui hikmah Allah member perasaan mengantuk itu, saya suka untuk memetik kata-kata Syed Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran.

Dalam menerangkan hikmah mengantuk ini, Syed Qutb membawa suatu perumpamaan dengan keadaan dirinya yang pada suatu ketika berada dalam keadaan yang cemas dan sempit, tiba-tiba dia berasa mengantuk dan tertidur beberapa minit. Apabila dia bangun daripada tidurnya, dia berasa seolah menjadi insan yang baru! Kekuatannya telah kembali dan hatinya menjadi tenang.

Kemudian Allah sebut lagi dalam ayat tersebut dimana Allah telah menurunkan air dari langit atau hujan, yang telah membersihkan mereka dan menghilangkan daripada mereka gangguan syaitan. Ibnu Kathir dalam tafsirnya telah menerangkan maksud “membersihkan” mereka adalah membersihkan mereka daripada hadas kecil dan hadas besar. Kerana seperti yang kita ketahui padang pasir merupakan suatu tempat yang airnya payah didapati. Melalui pembersihan zahir inilah terlindungnya mereka daripada gangguan syaitan.Kerana badan yang suci dari hadas besar dan kecil, menutup ruang bagi syaitan untuk membisikkan kepada kita bisikan yang menyesatkan. Bisikan syaitan akan membawa insane waswas dalam perbuatannya. Waswas ini turut dirasai oleh para sahabat dimana ketika itu mereka dalam keadaan berhadas dan waktu solat telah pun masuk. Maka timbullah waswas adakah boleh mereka solat tanpa berwudhu’? (Ketika itu tayammum belum lagi disyariatkan,tayammum disyariatkan dalam perang dengan bani Mustaliq). Maka dengan penurunan hujan bantuan daripada Allah, telah menghilangkan keraguan yang timbul dalam hati mereka.

Kesan daripada itu berlakulah apa yang disebut didalam ayat sebagai “Menguatkan hati”, kerana dengan tertutupnya godaan syaitan, hati menjadi utuh tanpa goyahan yang dilakukan oleh syaitan durjana. Seterusnya ayat tersebut membicarakan tapak kaki menjadi kukuh. Terdapat dua maksud yang hendak dibawa oleh ayat ini, iaitu:-

1) Pasir di padang pasir dalam keadaan kering, dalam keadaan biasanya agak sukar untuk dilalui kerana keadaannya yang jerlus, sekaligus memenatkan para sahabat. Setelah turunnya hujan, keadaan pasir yang lembab, mengukuhkan keadaan jalan dan memudahkan perjalanan sekaligus menghilangkan kepenatan yang ditimpa oleh sahabat.

2) Keadaan hati mereka iaitu menjadi tetap pendirian.

Ayat ini sesuai dengan keadaan kita selaku pejuang-pejuang agama Allah yang tidak akan terlepas daripada perasaan cemas dan penat. Ingatlah bahawa Allah sentiasa member pertolongan kepada hamba-hambaNYA yang diredhaiNYA. Kepada hamba-hambaNYA yang bersyukur Allah telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Dia akan memberikan rezekiNYA dari sumber yang mereka tidak sangka-sangkakan. Pengajaran seterusnya, adalah supaya kita sentiasa dalam keadaan berwudhu’ supaya syaitan tidak mendapat ruang untuk menyesatkan kita dengan bisikannya sekaligus membawa kita mengingati Allah S.W.T. Hati yang tenang adalah hati yang sentiasa ingat padaNYA. Wallahualam.

Rujukan:-

1) Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir

2) Fi Zilalil Quran

3) Tafsir pimpinan Rahman