Categories

Friday, January 15, 2010

Ubat-ubat bagi penyakit "kronik"




بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلام  
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana telah Memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan penulisan ini..

UBAT- UBAT KEPADA PENYAKIT –PENYAKIT  “KRONIK”
Tajuk diatas sengaja dipilih oleh saya untuk membawa saudara/ri supaya dapat memahami apa yang saya akan bawa melalui perpekstif yang jarang kita guna, dalam memahami perkara-perkara yang saya akan bawa kepada saudara/ri..
Perkara- perkara yang akan dinyatakan nanti merupakan perkara biasa yang selalu kita lalui setiap hari, tanpa kita perasan bahawa perkara itulah sebenarnya perkara-perkara yang membawa kita kepada KEJAYAAN.
Perkara- perkara tersebut adalah seperti berikut:-

SOLAT
ZAKAT DAN SEDEKAH
PUASA
HAJI
MEMBACA AL-QURAN
ZIKIR

Dan banyak lagi….
Perkara yang biasa kan?
Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa Allah Mengurniakan kepada kita amalan-amalan dalam bentuk yang berbeza seperti diatas?Tidak cukupkah sekadar solat sebagai ibadat?kenapa Allah pelbagaikan ibadat kita kepadaNYA? Allah telah berfirman didalam sebuah hadith qudsi…
عن أبي ذرٍ جندب بن جنادة، رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم فيما يروي عن الله تبارك وتعالى أنه قال: يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا.... رواه مسلم
Daripada Abi Dzar Jundub bin Junadah رضي الله عنه ,daripada Nabi صلى الله عليه وسلم dalam apa yang diriwayatkan daripada Allah تبارك وتعالى  FirmanNya : Wahai hambaKU sesungguhnya Aku Telah Mengharamkan keatas diriKU kezaliman dan Aku Telah Jadikannya diantara kamu perkara yang haram maka janganlah kamu berlaku zalim… (sehingga akhir hadith)
                                                                                                                                                Diriwayatkan Oleh Muslim (1)

Dapat difahami daripada hadith ini secara zahir bahawa Allah telah mengharamkan keatas dirinya kezaliman, maka segala apa yang Allah perintahkan kita lakukan merupakan perkara yang baik untuk kita. Bukanlah ibadat ini sesuatu yang menyusahkan, bahkan ianya adalah kurnia daripada Allah kepada kita demi kebaikan kita di dunia dan akhirat..

Kenapa ia merupakan kebaikan?
Itulah yang kita akan bincangkan secara perlahan.. dan hayati.. insyaAllah.
InsyaAllah saya akan menyambung perbincangan ini dalam post yang seterusnya..
Semoga Allah Memberkati usaha kita semua dalam mencapai KeredhaanNYA..
Wallahu’alam


Rujukan : - (1) Riyadhus Salihin – Bab Mujahadah – Hadith ke-17


Tuesday, January 12, 2010

Pandangan Kristian Malaysia kepada orang Islam (Good Impression)


Pandangan Bishop-bishop Malaysia,Singapura dan Brunei mengenai isu serangan gereja, menurut kenyataan mereka, orang Islam adalah orang yang menyukai keamanan sehingga sanggup mempertahankan gereja daripada serangan "pihak" tertentu.. petikan berita ini dipetik daripada laman web Agenzia Fides..

ASIA/MALAYSIA - Bishops' Conference calls for the need to “defuse the conflict that fundamentalist groups are trying to ignite in the nation”


Johor (Agenzia Fides) – The Malaysian Church is "concerned and did not expect that the question of the use of the word 'Allah,' would be followed by a reaction of this kind, with attacks against churches and Christian buildings. There is an urgent need to work for dialogue and social harmony, to defuse the conflict that fundamentalist groups are trying to ignite in the nation." According to information released, this is what the Bishops' Conference of Malaysia, Singapore, and Brunei said during their meeting, which opened today in Johor, on the peninsula of Malacca (in southern Malaysia), and which is scheduled to last until January 15.

According to information sent to Agenzia Fides, the Assembly of Bishops had already been scheduled for some time and was to address pastoral issues. The events precipitated in Malaysia have imposed a change of agenda and Prelates discussed their impact and the countermeasures to be taken in this situation, which is described as "worrisome and delicate."

As Fides has learned, during the debate on the first day the Bishops stressed that "meetings with civil authorities and dialogue with Muslim leaders are ongoing and will continue in the coming days. We must act in harmony and seek the necessary cooperation of the government and the high religious authorities in order to restore a peaceful environment to Malaysian society.”

Another reason is because

these episodes are "smearing" the reputation of Malaysian Islam, known for its moderation and peaceful coexistence with other religions. So much so that groups of moderate Muslims have taken turns guarding churches to avoid further acts of violence
.

Archbishop Salvatore Pennacchio, Apostolic Delegate to Malaysia, Singapore and Brunei, has expressed the solidarity and closeness of the Holy See to the Malaysian Church, stressing the need to "work for dialogue and peace in the country," in collaboration with the civil authorities.
The President of the Bishops' Conference, Archbishop Murphy Pakiam of Kuala Lumpur, told Fides (see Fides 9/1/2010) that new attacks were feared on Sunday, when churches would be filled with faithful. His fears proved well founded, as new attacks have occurred in other cities and other states of the Malaysian nation, far from the capital Kuala Lumpur, which was the site of the first four attacks. Yesterday - Sunday, January 10 – two churches were attacked, one Catholic and one Anglican, in Taiping in the State of Perak. In addition, in Malaysian Borneo, a Baptist church in Malacca has been soiled with black paint and a Catholic Church in Miri was damaged by stones being throwed at it. Today, another evangelical church in Malaysian Borneo has been the subject of an attack, the ninth in this series of attacks.

It is this wanton violence which, although manifest in acts that did not cause casualties, has alarmed the bishops. Christians, they said, "will work and will do everything possible to keep calm, not retaliate, and pray to avoid a dangerous escalation of the violence." (PA) (Agenzia Fides 11/01/2010)

Taken from : - Agenzia Fides

Membaca kenyataan diatas jelas bahawa golongan kristian di Malaysia masih lagi memandang kepada Islam dengan cara yang positif, mereka masih lagi mahukan keamanan terjaga.

Janganlah kerana tertipu dengan dakyah sesetengah "golongan" yang cuba memecahbelahkan keamanan ini,kita ikut sekali melakukan perbuatan yang tidak menghormati agama lain. Antara agenda yang selalu digunakan oleh golongan sekular adalah "divide and conquer" ,pecahbelahkan dan takluk.. cara inilah yang sedang digunakan oleh puak-puak tertentu dalam mengekalkan kepentingan mereka sekarang..

Jangan timbulkan Islamophobia di negara kita, ingatlah perbuatan kita sebagai muslim adalah menjadi cermin kepada masyarakat mengenai Islam..

marilah kita sama berpegang dengan kalamullah yang bermaksud :-

(108. Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.)

(Al-An’am:108)

Rujukan :- Artikel TG Haji Abdul Hadi Awang - Presiden PAS

              - Agenzia Fides



Friday, January 8, 2010

Penggunaan Kalimah Allah

Assalamualaikum, disini saya ingin sertakan kenyataan TG Haji Abdul Hadi Awang mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh non-muslim..


Kenyataan beliau: -


PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH


Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polimik hangat dalam negara , menjadi lebih panas setelah Mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pehak gereja kathulik memakai perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum , khususnya masyarakat yang hidup didalamnya Umat Islam , kerena menyentuh perasaan mereka , kerana Perkataan ALLAH sangat mulia disisi umat Islam .


Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal ajaran keristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan

bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab suci mereka (Al Quran) yang tidak diterjemahkan lagi kedalam bahasa masing-masing , kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan kedalam bahasa lain , dengan berpegang kepada makna asalnya dalam

bahasa Al Quran.


Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja diatas kosep kebebasan beragama ? , sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia .


Perkara ini perlu dijawab secara ilmu , kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka. Perlu di fahami adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain mengikut makna perkataan Allah yang tepat dengan maksudnya dari segi bahasa Arab yang terus di-gunakan oleh umat Islam yang terdiri daripada bebagai bangsa dan bahasa dengan tetap berpegang kepada makna dan maksud perkataan Allah atau mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya sehingga menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini .


Perkataan Allah di-sebut oleh orang arab atau pengguna bahasa arab yang menganut berbagai agama , sama ada penganut yahudi , keristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala . Al Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agma itu menyebut dan menulis

perkataan Allah .


Firman Allah:


61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

(Al-Ankabut:61)


Firman Allah:


63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

(Al-Ankabut:63)


Firman Allah:


25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

(Luqman:25)


Firman Allah:


38. Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

(Az-Zumar:38)


Firman Allah:


9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

(Az-Zukhruf:9)


Firman Allah:


87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

(Az-Zukhruf:87)


Ayat-ayat tersebut di-atas mendedahkan bahawa orang-orang yang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan Yang Bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (Adanya Tuhan Pencipta Alam) hanya sekadar itu , namun kepercayaan mereka tidak menepati hakikat dari makana perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.


Hari ini kita melihat makjizat Al Quran , apabila mereka memaksa diri menggunakan perkataan Allah , pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD , LORD dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka tidak tepat dengan maksudnya . Kita tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah mengikut ajaran dan bahasa kita , walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa , tatapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara . Kalangan penganut kristian dengan kepercayaan Trinity (Tiga Tuhannya) dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang maha Esa dan Maha Suci itu . Agama yang lain

menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masingmasing. Mengikut ajaran Islam perkataan Allah ia-lah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang maha Esa ( Al Asma Al Husna) .


Imam Al Baihaqi menulis dalam kitabnya ( Al Asma Wa Sifat).


“Perkataan Allah itu ia-lah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu baginya (sama ada dinamakan bapa , anak dan apa sahaja) . Allah mengikut bahasa arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan , Yang Maha Esa , tidak ada lagi tuhan yang lain daripadanya . Perkataan ALLAH itu daripada perkataan ALILAH dengan menambah AL kepada perkataan asal ILAHyang bermakna Tuhan secara umum .Apabila di letakkan Alif dan lam (AL) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian di mudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf maka , di sebut ALLAH. Penambahan Al dalam bahasa arab bertujuan makrifah (yang di kenali ) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, ia-itu berbilang tuhan” .


Al Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar , begitu juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W. tanpa melarang mereka menyebut ,tetapi memberi penjelasan secara ilmu , bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat .


Apabila Rasulullah S.A.W. menghantar surat kepada raja-raja yang

menganut agama kitab di –sebut dalam surat perutusan itu firman Allah

yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah :


64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

(Ali-Imran:64)


Perutusan Rasulullah S.A.W. mendedahkah bagaimana gulungan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut Perkataan Allah , seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran Tauhid , (mengesakan Allah) tanpa syirik , sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan – tuhan yang lain daripada Allah , atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (padri-padri) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang –undang dan hukum yang menentang hukum Allah saperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang di- halalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah

sahaja.


Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah dikalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka , walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita . Adapun menggunakan perkataan Allah oleh

mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan aqidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan ALLAH sekadar mengubah janama melariskan barangan dalam masyarakat Islam , tidak boleh dizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci Kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang di amal oleh umat Islam, seterusnya di-kira menodai kesucian dan kemurnian Kalimah ALLAH dihadapan umat Islam .


Imam ‘Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar

dengan tujuan yang salah , dengan apa nama sekalipun :


كلمة حق أريد بها باطل


(Kalimahnya benar , tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).


Kalimah ALLAH adalah paling benar , tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan ditengah masyarakat umat Islam sangat menyentuh sensetiviti Umat Islam, sehingga menggerakkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO) fahaman politik dan individu, bersatu mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah ALLAH boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.


Al- Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah .


Firman Allah:


(108. Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.) Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebabasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

(Al-An’am:108)


Presiden PAS.