Categories

Wednesday, February 16, 2011

Kembara Ilmu ke UK

Alhamdulillah,

23hb Januari 2011 merupakan detik-detik bersejarah bagi ana dan isteri. Tarikh itu akan sentiasa diingati kerana itulah detik , bermulanya kehidupan baru kami di Glasgow, United Kingdom.

Mengenang kembali, perjalanan yang telah kami lalui, ia bukan suatu perjalanan yang mudah. Urusan permohonan untuk belajar, penterjemahan sijil, surat kahwin, dan urusan visa semuanya menuntut kami berulang-alik dari Kelantan-Terengganu-KL hampir setiap dua minggu. 

Banyak pengorbanan telah terlibat bagi merealisasikan impian ini. Ibu dan ayah kedua-dua belah pihak yang bertungkus-lumus menyiapkan kami dengan segala keperluan. Kaum keluarga yang menyatakan sokongan. Sahabat handai yang tak jemu mendoakan kami, terima kasih tidak terhingga kepada antum semua!
Berbekalkan 4 luggage, 5 hand carry, kami menaiki Emirates Airline menuju ke Glasgow.
Perjalanan memakan masa 15 jam + transit 2 jam. 

Ketibaan kami disambut oleh sahabat dan anaknya disini, bersama dengan adik-adik yang menuntut di Glasgow dan Edinburgh. Seterusnya kami dibawa ke rumah sewa di bandar glasgow. 

Antara yang menarik perhatian ana ketika disini ialah, kos perubatan mereka yang percuma. Tidak satu sen pun perlu dibayar oleh mereka yang menetap disini, semuanya ditanggung oleh pihak kerajaan. 

Ana terkenang suasana di negara yang pemimpinnya mengaku Islam, terkenangkan keadaan rakyatnya. 
Kemiskinan berleluasa di negara-negara umat Islam. Contohnya ketika lawatan ana ke Mesir, ana ditunjukkan kawasan kubur bagi umat Islam disana. Mereka mempunyai sistem dimana jenazah-jenazah akan ditanam mengikut kaum kerabat, di dalam satu binaan khas bagi setiap keluarga. Yang menyedihkan ana bukan perkara itu, tetapi bagaimana kemiskinan yang melanda masyarakat disana , sehingga ada yang terpaksa menjadikan binaan-binaan itu sebagai rumah mereka. Ke manakah harta kekayaan negara Mesir?!Bukankah Mesir negara yang kaya?

Begitu juga yang ana lihat di negara seperti Maghribi. Disebabkan korupsi oleh pemimpin-pemimpin mereka, mereka dilanda kemiskinan yang teruk, diskriminasi kaum juga berleluasa. Inikah rupa negara yang dipimpin oleh umat Islam?Menyedihkan!

Glasgow merupakan sebuah bandar di Scotland, yang merupakan sebuah jajahan UK. Masyarakat di sini mempunyai kualiti hidup yang tampak lebih senang. Adakah kerana sistem pemilihan pemimpin yang berkesan? Adakah kerana mereka bijak memilih pemimpin? Fikirkanlah..

3 minggu berada disini, belum cukup untuk ana menyimpulkan keadaan disini.
Pelbagai cabaran dan peluang menanti untuk dimanfaatkan. InsyaAllah, perjuangan ini akan tetap ana teruskan. Berjuanglah wahai sahabat-sahabatku di Malaysia dan Jordan.
Akhir kalam ingin ana membawa Firman Allah S.W.T:

95. Tidak sama orang beriman yang duduk (di rumah) dan tidak mempunyai keuzuran , dan mereka yang berjihad dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.
96. (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment