Categories

Monday, May 25, 2009

Sedetik Zikir Terhenti..

Ini puisi yang dicoretkan oleh sahabat ana, Ustaz Wan Yusrizal Bin Wan Shafi'i, ketika beliau merehatkan diri di universiti beliau..

Sedetik zikir terhenti,
Kelalaian datang menyapa,
Tidak sedar diri sendiri,
Hanya hamba abdi padanya.

Sedetik zikir terhenti,
Tiada lagi jalan yang lurus,
Kosongnya rasa dihati,
Diselubungi kekabus.

Sedetik zikir terhenti,
Dosa dipandangnya ringan,
Kononnya dikau berabdi,
Hakikatnya engkau bukan.

Sedetik zikir terhenti,
Hilanglah ketaatan,
Tidak mampu mengawal diri,
Berada dijalan syaitan.

Sedetik zikir terhenti,
taubat ditangguh lagi,
Bilakah,bilakah lagi,
Bertaubatlah wahai diri.

Nukilan daripada Ustaz Wan Yusrizal bin Wan Shafi'i..
Marilah kita sama-sama hayati, adakah kita sudah mencapai tahap yang melayakkan kita menjadi hamba Allah yang sebenar?

No comments:

Post a Comment