Categories

Thursday, April 16, 2009

Etika Ber"blog"



Saya memilih tajuk ini sebagai “post” saya pada kali ini kerana beberapa sebab..

Sejak saya mula ber”blog” saya selalu menziarahi laman-laman blog kawan-kawan yang lain, saya dapati banyak yang sedikit menyinggung perasaan saya..

Oleh itu saya tertarik untuk membawa kawan membaca artikel yg ditulis oleh sahabat saya, yang merupakan antara kenapa saya tertarik untuk menjadi seorang blogger.

Di dalam penulisan beliau ada beberapa syarat yang sepatutnya kita sebagai blogger patuhi:-

Berikut adalah petikan yang saya copy n paste daripada blog beliau..

Semalam, 5hb Februari 2009, saya bertanya kepada seorang sahabat saya : " Kenapa orang berblog ? " Kemudian beliau menjawab soalan saya dengan penuh panjang lebar, dan saya cuma diam mendengar.Dalam penjelasannya, ada yang berbentuk cadangan, harapan dan luahan.Secara kesimpulannya, isi penjelasan beliau adalah seperti berikut :

1.Penggunaan blog seharusnya menjadi wasilah dakwah menyebarkan islam.

2.Penggunaan blog wajar dijadikan ruang untuk bertukar-tukar ilmu, pendapat serta idea.

3.Menjadikan blog sebagai tempat mencari kesedaran dan keinsafan.

4.Kenapa menggunakan blog sebagai diari yang menghebohkann tentang peribadi yang tidak sepatutnya diceritakan?Kalau menceritakan tentang aktiviti-aktiviti atau program-program dakwah yang diikuti, itu tidak mengapa.Malah lebih bagus!

5.Kenapa perlu letak gambar-gambar yang tidak sepatutnya?Kadang-kadang aurat yang sepatutnya dijaga, dibuka di dalam blog.

6.Kenapa perlu letak gambar-gambar insan atau individu yang tidak sepatutnya diletakkan secara umum?Bukankah blog itu, satu dunia orang dapat tengok?

Inilah adalah pendapat sahabat saya.Ya, apa yang dijelaskan oleh beliau ada kenanya dengan keadaan blogger-blogger pada hari ini.Kita semua macam mana agaknya ye?

Pada hari ini, saya mulakan hidup alam maya ini dengan mempunyai blog yang baru.Yang lama telah saya deletakan.Ada sahabat-sahabat yang bertanya, mengapa deletekan?Saya cuma menjawab adalah sebab-sebabnya, dan di sana ada satu alasan yang menyebabkan saya deletekan.InsyaAllah dengan blog yang baru ini, kami akan cuba untuk menjadikannya sebagai medan atau medium untuk memberi manfaat positif kepada semua.Harapan kami, moga-moga anda semua sama-sama dapat membantu dalam MENCARI KEINSAFAN, BERGERAK MENUJU MAKSUD.

Posted by ibnshafii at 3:13 AM


Untuk post penuh sila klik “link” ini : http://ibnushafii.blogspot.com

No comments:

Post a Comment