Categories

Monday, April 20, 2009

Middle East





Akhirnya saya diberi peluang oleh Allah utk menyambung bab istilah Yahudi,istilah yang saya akan terangkan pada kali ini ialah:-

MIDDLE EAST

Perkataan ini telah banyak digunakan dalam media hari ini, tapi sedarkah kita bahawa disebalik perkataan yang amat biasa ini.. ada maksud yang tersirat. Yang impaknya dapat kita lihat dgn jelas hingga hari ini.

Maksud perkataan :-

Timur Tengah atau شرق الاوسط

Istilah yang sepatutnya digunakan utk menamakan kawasan ini adalah Tanah Arab.

Perkataan ini telah digunakan banyak kali oleh pelbagai media utk menanamkan dalam masyarakat dunia amnya atau Islam khasnya bahawa kawasan itu adalah Timur Tengah dan bukannya Tanah Arab.

Kenapa perlu pada perubahan?

Jawabnya, kerana istilah asal tidak memberi ruang kepada kepada Negara yang bernama “The State Of Israel” utk ditubuhkan di sana. Kerana nama Arab yang terkandung dalam istilah asal Tanah Arab telah mengecualikan Yahudi daripada menjadi sebahagian daripadanya.Penipuan yang mereka lakukan telah berkesan; Buktinya? Telah tertubuhnya Negara haram Israel di tengah2 tanah arab yang tidak mungkin diredhai oleh umat Islam selama-lamanya.

Mereka tidak berhenti setakat itu, mereka juga melakukan perubahan istilah yang berkaitan dgn budaya arab dan Islam, iaitu dgn mengubahnya menjadi “Middle East Heritage”,Warisan Timur Tengah. Makanan tradisional arab juga dinamakan sebagai “Mid-eastern Foods”. Ini membawa makna bahawa berlakunya penghapusan perkataan “Arab” dan “Islam” didalam semua aspek di Tanah Arab.

Kita lihat situasi ini telah tersebar ke serata dunia, termasuklah Negara kita sendiri Malaysia. Terdapat beberapa usaha utk menghapuskan perkataan “Islam” didalam organisasi atau perjumpaan yg kononnya didakwa boleh menyebabkan perpecahan atau sebagai isu sensitif. Sedikit demi sedikit “Islam” dihakis, bukan setakat isinya bahkan namanya juga hendak dihapuskan.. dimana pejuang-pejuang Islam?! Adakah kita nk tunggu sampai Nabi Muhammad dihina dan masyarakat menerimanya sebagai perkara biasa baru nk bertindak?Samalah kita insafi diri dan muhasabah.. apa yg kita dh sumbangkan utk agama kita?. Apa yg dh kita lakukan apabila Islam dihina sebegini rupa.. Marilah kita sama2 menggunakan istilah asal supaya kita sebagai tanda membantah Yahudi Laknatullah. Wallahu’alam.

Dipetik dan diolah dari:- Jewish Terms.. Beware Of Them – Issa Al-Qaddoumi

No comments:

Post a Comment