Categories

Sunday, April 12, 2009

Tujuan menjadi blogger


بسم الله الرحمن الرحيم

عن عبد الله بن عمرو أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (بلغوا عني ولو آية..)

Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulullah (S.A.W) berkata : (Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat..)

(HR Bukhari)

Begitulah pesanan Rasulullah terhadap umatnya. Inilah antara sebab saya memulakan blog ini. Terlalu banyak tohmahan dan cacian yg dilontarkan kepada Nabi Muhammad sejak akhir-akhir ini. Tuduhan daripada Denmark, Belanda dan negara-negara lain yang kian lantang menentang agama Islam. Kita selaku umat Nabi Muhammad WAJIB bangkit dan menentang tindakan mereka yang jelas melampaui batas. Apakah puncanya berlaku perkara ini?Kenapa tiada tindakan yang jelas diambil oleh golongan yang memegang kuasa atau yang diberi amanah oleh Allah untuk menjadi pemimpin di dunia ini?

Inilah antara sebab saya menjadi seorang blogger sebagaimana bloggers yang terdahulu daripada saya. Semoga usaha kita ini sama-sama diberkati oleh Allah, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment